Kertas kerja Talent Pool PTAR di Symposium on Strategy & Transformation Management for Tertiary Education

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menyertai Symposium on Strategy & Transformation Management for Tertiary Education (SSTM-TEd 2023) yang sedang diadakan menerusi platform dalam talian bermula 20 dan 21 Julai 2023. 

Pustakawan Kanan Puan Nurul Aida Noor Azizi telah menjadi wakil tunggal PTAR dengan membentangkan kertas kerja berjudul Unleashing Potential: The Talent Pool Management Practices of UiTM Library dibawah Pillar 4: Excellent Supporting Staff daripada keseluruhan 6 Pillars yang terpilih. 

Simposium antarabangsa ini menghimpunkan 16 orang pembentang kertas kerja dari 5 negara Asia: Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Jepun. 

SSTM-TEd 2023 yang disiarkan menerusi UiTM Channel adalah anjuran Bahagian Transfomrmasi Universiti (BTU) dan Institut Latihan & Pembangunan (ILD), UiTM. 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply