Kelas Kemahiran Maklumat

MUKAH, 21 JULAI 2023 – Telah berlangsung Kelas Kemahiran Maklumat (KKM) bagi Modul Information Literacy Program bersama Pelajar Diploma Semester 1 UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah. Kelas ini telah dibuat bertempat di Makmal Komputer, PTAR Kampus Mukah.

Seramai 20 peserta yang hadir pendedahan yang lebih mendalam mengenai pencarian bahan maklumat dan perkhidmatan di PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Tahir Raya, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Mukah.

Dengan adanya taklimat seperti ini, diharapkan pelajar-pelajar dapat memanfaatkan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih berkesan dan dapat meningkatkan prestasi akademik mereka pada masa akan datang.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply