Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ)

Program: Jom Exchange Al-Quran (JEQ)

Tarikh: 21 Jun 2023

Masa: 10.30 pagi

Tempat: Perpustakaan Al-Bukhari UiTMCPh

Telah berlangsungnya Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ), anjuran pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bahagian Penguatkuasaan & Kawalan (PK) Negeri Pahang, dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTMCPh dan Perpustakaan Al-Bukhari UiTMCPh. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang Al-Quran yang berada dipasaran perlu mempunyai Hologram dan kelulusan daripada KDN.

Pihak KDN juga telah membawa barang barang rampasan mereka untuk dipamerkan untuk warga UiTMCPh. Pameran ini juga dapat memberi pendedahan dan kefahaman kepada kita tentang barangan yang tidak ada kelulusan KDN.

Selain itu Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ), ini memberi peluang kepada warga UiTMCPh untuk membuat petukaran Al-Quran yang tidak berhologram kepada yang berhologram.

Program ini juga dapat menyokong SDG 4 : Quality Education, SDG 13 Climate Action dan SDG 17 Partnerships for the goals yang mana memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply