Program Jalinan Kasih

Tarikh : 23 Jun 2023

Hari : Jumaat

Masa : 9.00 pagi – 5.00 ptg

Tempat : Pusat Sumber Smkjpdua,Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2

Program jalinan kasih (PAB@School) iaitu kerjasama Perpustakaan Al-Bukhari dengan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2 merupakan satu inisiatif yang telah dijalankan. Program yang seiring Sustainable Development Goals (SDG) 17: Partnership for the Goals & SDG 4: Quality Education ini telah berlansung pada 23 Jun 2023 melibatkan semua staf Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang .

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan dua hala antara pihak sekolah dan Perpustakaan Al-Bukhari. Selain itu, program ini dijalankan bagi membantu penambahbaikan Pusat Sumber Sekolah dengan memberi nafas baru dari sudut susun atur perabot, koleksi bacaan serta dekorasi dalaman dan luaran Pusat Sumber tersebut.

Jalinan ini bertujuan merapatkan lagi hubungan dua pihak melalui aktiviti dan program yang bakal dijalankan akan datang serta membantu dalam membangunkan potensi kecemerlangan pelajar.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply