Outreach Yea Sayang Gi: Kembara Ilmu STEMSAS 2023

Outreach Yea Sayang Gi: Kembara Ilmu STEMSAS 2023

👥 Anjuran Bersama:

– Sekolah Menengah Kebangsaan Tembangau

– Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

– Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Pos Iskandar (JPKK)

– Kelab Generasi Prihatin

– Koordinator Program Pra Pendidikan Tinggi

– Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023 UiTM Kampus Jengka

– Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sesi 2022/2023 UiTM Kampus Jengka

🗓 Tarikh: 8 Julai 2023

🕐 Masa: 8.30 pagi – 2.30 petang

📍Tempat: Dewan Orang Ramai JPKK Kg. Pos Iskandar

Program Outreach ini telah dirasmikan oleh YB Khaizulnizam bin Mohd Zuldin. Dalam program ini, beberapa aktiviti telah dijalankan, iaitu sukaneka, pameran hasil karya komuniti orang asli, UiTM dan sebagainya, bicara tokoh bersama Pengarah JAKOA Negeri Pahang, ceramah pra pendidikan tinggi oleh unit UiTM, sesi bersama JAKOA daerah, make over terminal Ilmu “Yea Sayang Gi” dan pelancaran terminal ilmu serta pemberian 900 naskah buku sumbangan.

Tetamu/kehadiran:

– YB ADUN Kemayan

– Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Pahang

– Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Bera

– UiTM Cawangan Pahang

– Pejabat Pendidikan Daerah Bera

– Institut Aminuddin Baki (IAB)

– PIBG SMK Tembangau

– IPD Bera

– JPKKOA Pos Iskandar

– SK Pos Iskandar

– Batin-batin Pos Iskandar

– Koordinator Program Prapendidikan Tinggi

– Majlis Belia Orang Asli Malaysia

– Kelab Generasi Prihatin Bera

– Ibu bapa Murid Asli Pos Iskandar

– Semua guru dan staf SMK Tembangau

– Majlis Perwakilan Pelajar UITM Jengka sesi 2022/2023

– Jawatankuasa Perwakilan Kolej Mat Kilau UITM Jengka sesi 2022/2023

🎯Objektif:

– Mewujudkan sebuah pusat akses ilmu pengetahuan sebagai pusat bagi semua aktiviti melibatkan pembelajaran dan pembangunan kendiri murid-murid selain sekolah

– Menanamkan sikap cinta akan ilmu dan budaya membaca.

– Melahirkan rasa cinta akan ilmu dan membuatkan pelajar rasa seronok untuk hadir ke sekolah dengan pembudayaan ilmu dari rumah.

– Merapatkan hubungan bersama seluruh komuniti Pos Iskandar.

Seiring dengan SDG 1 (No Poverty) dan SDG 4 (Quality Education) dan SDG 10 (Reduce Inequalities) dan SDG 17 (Partnerships for the Goals), diharapakan Terminal Ilmu Yea Sayang Gi dapat digunakan dengan sebaik mungkin.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply