Perbincangan Penubuhan Sudut STEM (Science, Technology, Engineering And Mathematics) UiTM Cawangan Sarawak

KOTA SAMARAHAN 2, 14 JULAI 2023 – Satu sesi perbincangan bagi penubuhan Sudut STEM (Science, Technology, Engineering And Mathematics) UiTM Cawangan Sarawak telah diadakan di PTAR Kampus Samarahan 2. Perbincangan ini telah dihadiri oleh Dr. Ahmad Lutfi bin Anis, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Gunaan dan Pn Adeline anak Engkamat, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Matematik UitM Cawangan Sarawak. Turut hadir adalah Pn. Nur Afeqah Abdulah, Timbalan Ketua Pustakawan dan Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Objektif Penubuhan Sudut STEM ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan promosi aktiviti-aktiviti STEM kepada pihak sekolah dan agensi-agensi lain yang berminat dengan program berunsur STEM. Disamping itu, ia juga bertujuan ntuk membolehkan pihak Jawatankuasa Inisiatif STEM UiTMCS merencanakan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti STEM dengan lebih berkesan dan sistematik serta meningkatkan lagi kualiti modul yang disediakan dalam aktiviti-aktiviti STEM yang akan datang memandangkan sumber bahan pameran yang sedia ada di kampus, terutamanya fakulti dan makmal.

Semoga perancangan ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply