11 & 12 Julai 2023 – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menganjurkan Kursus Laman Web PTA Virtual 360 yang dilakukan bertempat di Bilik IT, PTA. Bengkel ini adalah merupakan program pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan ICT terkini yang melibatkan staf Unit Perpustakaan Digital, Perpustakaan Tengku Anis bagi menambahbaik perkhidmatan kearah perpustakaan digital. Penceramah jemputan bagi kursus ini adalah Encik Muhamad Nasrul, Pembantu Pustakawan (S22), PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh. Kursus ini melibatkan staf Perpustakaan Digital bagi PTA Kampus Machang dan juga PTA Kampus Kota Bharu.
Melalui Pelan Strategik Perpustakaan 2020-2025, Bahagian Pentadbiran Organisasi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam telah mengarahkan semua perpustakaan cawangan untuk menggunakan secara menyeluruh Laman Web PTA Virtual 360 ini dan kemudahan serta kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang digunakan untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pengguna bagi memudahkan pengguna membuat pencarian maklumat dan menggunakan perkhidmatan secara dalam talian dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka di universiti.
Objektif kursus ini diadakan adalah:
- Pengguna perpustakaan boleh mengalami suasana PTA secara maya
- Memperkenalkan pameran perkhidmatan perpustakakaan secara maya.
- Menyampaikan maklumat secara maya kepada pengguna PTA Virtual
- Mewujudkan seorang staf yang “multitasking” dalam semua bidang pengurusan khususnya perpustakaan digital dengan mengaplikasi teknologi AR / VR
Sekitar kursus laman web yang dilakukan di PTA Kampus Machang
Sekitar kursus laman web yang dilakukan di PTA Kampus Kota Bharu
Pihak PTA mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Muhamad Nasrul yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan dan cara bagi membangunkan sistem virtual 360 bagi Perpustakaan Tengku Anis.
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang