CSR Jalinan Kasih Bersama Anak Yatim Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim

17 Jun 2023, Sabtu – Kolej Pengajian Sains Maklumat, UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) dengan kerjasama Society of Information System Management (SISMA), Association of Information Scientists (AIS), Universitas Airlangga, Indonesia dan Perpustakaan Tengku Anis UiTMCK telah menganjurkan satu program khidmat masyarakat bersama anak yatim Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim. Program CSR ini dijalankan bermula pada 8:30 pagi sehingga 1:00 tengah hari yang melibatkan seramai 59 orang staf dan pelajar FPM.

Objektif program ini diadakan adalah:

  1. Mewujudkan satu ikatan murni antara individu bagi mengukuhkan hubungansilaturrahim
  2. Memberi peluang kepada pelajar untuk beramah mesra bersama anak-anak yatim dan fakir miskin
  3. Membentuk kerjasama antara pelajar untuk menggerakkan program
  4. Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang, membina jati diri dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik.
  5. Membolehkan peserta membina hubungan baik dan bekerja secara efektif

Antara aktiviti yang dilakukan adalah:

  • Projek perpustakaan mini (FLIPS)

Perpustakaan merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan dan kecemerlangan
murid. Perpustakaan juga bertanggungjawab menyediakan sumber bahan bacaan kepada
pengguna.

Sehubungan dengan itu, satu projek perpustakaan mini ini telah dijalankan dan bertujuan untuk memudahkan penghuni Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim (RAYLD), Machang bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat. Selain itu,kewujudan perpustakaan mini dapat membantu mereka mengisi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah. Projek ini merupakan kesinambungan daripada projek CSR Ihya Ramadhan anjuran FLIPS yang telah diadakan pada Mac 2023 yang lalu.

Kewujudan perpustakaan mini ini juga dapat membantu para pelajar mengisi masa yang terluang dengan perkara dan aktiviti yang berfaedah. Disamping itu program seperti akan membantu para pelajar UiTM dan Universitas AirLangga untuk mempraktikkan kemahiran pengurusan perpustakaan yang dipelajari.

Diharapkan dengan pengwujudan perpustakaan mini ini,para pelajar dapat mengunakan masa yang terluang dengan sebaiknya disamping menggunakan peluang yang ada untuk menambah ilmu pengetahuan.

Kerja-kerja projek perpustakaan mini

  • Aktiviti bersama Perpustakaan Tengku Anis

PTA telah melakukan beberapa aktiviti ilmiah yang dikendalikan oleh pelajar latihan industri daripada Univeristas Airlangga (UNAIR) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Aktiviti yang telah dijalankan adalah roda impian, cari benda tersembunyi, mewarna penanda buku dan read aloud. Kesemua aktiviti ini melibatkan anak-anak yatim RAYLD seramai 20 orang.

Diharapkan semoga program ini dapat memberi kesan yang positif kepada semua yang terlibat samada kepada penganjur dan juga anak yatim RAYLD. Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply