Program PTAR Rangers (Read@UiTM: Mobile Library)

MUKAH, 6 JULAI 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Program PTAR Rangers (Read@UiTM: Mobile Library) pada bulan Julai yang lepas. Program ini telah dijalankan berhadapan tasik bangunan pentadbiran UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah.

Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan kepada pengguna merangkumi perkhidmatan yang sedia ada dan juga yang terkini. Disamping itu, ia juga secara langsung boleh mengeratkan hubungan perpustakaan dengan warga kampus dan memperkenalkan aplikasi “Mobile Apps” kepada warga Kampus Mukah.

Program ini telah melibatkan semua pegawai tertinggi PTAR UiTM Cawangan Sarawak termasuk Pn. Nur Afeqah Abdullah, Timbalan Ketua Pustawakan dan telah dihadiri oleh pelajar dan warga Kampus Mukah.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply