Program Lestari@PTAR Sarawak Bulan Jun: Fit @Anywhere – Bodyweight Exercise With Minimal Equipment

KOTA SAMARAHAN, 23 JUN 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Lestari@PTAR Sarawak Bulan Jun: Fit @Anywhere – Bodyweight Exercise With Minimal Equipment pada jam 2.30 hingga 4.30 petang. Program yang diadakan di Student Centre UiTM Kampus Samarahan ini telah dihadiri oleh warga UiTM Cawangan Sarawak.

Program Lestari@PTAR merupakan sebuah program bulanan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2023 oleh PTAR UiTM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Pelestarian Kampus UiTM Cawangan Sarawak. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosi Sustainable Development Goals (SDGs), Agenda 2030 kepada semua warga UiTM Cawangan Sarawak.

Bagi bulan Jun, program ini telah dikendalikan oleh Encik Ismawi Haji Ibrahim, Pembantu Pustakawan Kanan dan Encik Dino Alfa James, Pembatu Pemuliharaan serta dibantu oleh Bahagian Perpustakaan Digital PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Tips terkini daripada Coach Patricia Pawa Anak Pitil, Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Cawangan Sarawak yang berpengalaman bagi mempelajari ilmu asas berkaitan senaman menggunakan dumbells dan mempelajari teknik latihan yang tepat untuk menghindari kecederaan ketika bersenam.

Program ini boleh ditonton melalui pautan dibawah.

https://www.tiktok.com/@ptarsarawak/video/7253002276678274311

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong program ini. Semoga maklumat yang dikongsikan memberi manfaat kepada warga UiTM Cawangan Sarawak.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply