Pihak Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah mengadakan program Penulisan Kreatif Dalam Akhbar Bersama Puan Rosalwani Che Soh@Yusof Wartawan Kosmo pada 26 Jun 2023 bermula jam 2:30 petang secara dalam talian menerusi platfrom webex.
Objektif program ini diadakan adalah:
- Memberikan asas penulisan kreatif di kalangan warga terutama penulisan artikel dalam akhbar
- Memberikan kefahaman di kalangan tips untuk menulis artikel (akhbar)
- Memberikan kefahaman di kalangan kesalahan yang sering dibuat sehingga artikel ditolak oleh pihak editorial akhbar


Semoga dari bengkel ini para peserta dapat menambahkan lagi minat mereka di bidang penulisan dan menghasilkan penulisan artikel yang kreatif serta berkualiti.
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang