Library Outreach: PTAR UiTM Digital 2U

6 Jun dan 7 Jun 2023, Selasa, Rabu- Sempena Hari Arkib Antarabangsa peringkat UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Pameran PTAR UiTM Digital 2U. Seramai 121 orang pengunjung telah berkunjung ke pameran tersebut.  Pameran ini diadakan secara bersemuka di Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4 petang. Selain itu, pelbagai aktiviti dan hadiah menarik telah ditawarkan oleh PTAR pada pelajar dan staf selama 2 hari program berlangsung.

Antara aktiviti yang dijalankan:

1.Pameran perkhidmatan Perpustakaan Digital PTAR

2.Konsultasi pencarian maklumat

3.Kuiz perkhidmatan PTAR

4.Fun Fact Quiz: Let’s Challenge Ourselves

Tujuan pameran ini diadakan:

1.Memperkenalkan perkhidmatan Digital PTAR pada Warga UiTM Melaka khususnya kepada pelajar

2.Menggalakkan pelajar menggunakan perkhidmatan Digital PTAR bagi memudahkan proses pencarian maklumat

Melalui program seperti ini ia dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha-usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR.

Sekitar pameran PTAR UiTM Digital 2U dijalankan

Sebahagian dari pemenang bagi Fun Fact Quiz: Let’s Challenge Ourselves

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply