Pihak Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang menerima lawatan daripada Kementerian Dalam Negeri Pahang yang terdiri daripada 5 orang staf. Lawatan ini bertujuan meninjau suasana PAB untuk menjalinkan kerjasama antara Perpustakaan dan Kementerian Dalam Negeri Pahang. Pihak KDN telah disantuni oleh Puan Hajah Rosnita Ja’afar Timbalan Ketua Pustakawan PAB. Semoga apa yang dirancang dapat dijayakan dengan izinNya.
Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan