Blind Date with Mr. & Mrs. Book

Pada 22 Mei sehingga 2 Jun 2023 yang lalu, persatuan PTAR Buddies dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah menganjurkan pertandingan berbentuk ulasan buku iaitu program Blind Date with Mr. & Mrs. Book. Penyertaan program adalah terbuka kepada mahasiswa dan mahasiswi UiTM Kampus Rembau dan pemilihan buku untuk diulas adalah berdasarkan cabutan.

Peserta kemudian perlu merakam video ulasan maksimum 3 minit kepada pihak penganjur dan penilaian adalah berdasarkan gaya penyampaian dan ulasan buku yang diberikan. Penyampaian hadiah bagi ketiga-tiga pemenang program Blind Date with Mr. & Mrs. Book ini disampaikan oleh Pustakawan, Encik Muhammad Shafiq Amirullah semasa perasmian penutup program Young Entrepreneur @ PTAR yang diadakan pada Khamis lepas.

Program Blind Date with Mr. & Mrs. Book ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk semangat dan budaya membaca terutama di kalangan mahasiswa UiTM sejajar dengan objektif program Read@UiTM. Berdasarkan respon peserta, program seperti ini amat wajar dilaksanakan sekali lagi di masa akan datang. Video-video ulasan terbaik akan dimuatnaik ke laman Instagram PTAR Kampus Rembau dalam masa terdekat.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply