Khamis, 18 Mei 2023: Telah berlangsung program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit peringkat kampus sempena Hari Buku & Hakcipta Sedunia yang diadakan secara serentak di seluruh negara bermula 11.00 pagi hingga 11.10 pagi. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk masyarakat terutama warga UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya membudayakan tabiat membaca sejajar dengan objektif program Read@UiTM.
Disediakan oleh: Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka