Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit PTAR UiTM Cawangan Melaka

18 Mei 2023, Khamis – PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menjalankan Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang merupakan satu daripada kegiatan utama gerakan Dekad Membaca Kebangsaan 2020 – 2030 dengan slogan #MalaysiaMembaca. Program ini bertujuan untuk mendorong warga UiTM Cawangan Melaka untuk membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini berlangsung serentak bermula seawal 11.00 pagi hingga 11.10 pagi di seluruh negara bertujuan untuk menerapkan nilai dan budaya cinta akan buku dan cinta akan ilmu. Program terbuka kepada semua Warga UiTM Cawangan Melaka.

Terima kasih kepada semua warga UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah yang menjayakan Progran Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit.

Sekitar Program sedang berjalan

Warna warni sekitar program dijalankan

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply