Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya 2023 UiTM Cawangan Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 16 MEI 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menyertai sambutan Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya 2023 UiTM Cawangan Sarawak anjuran UiTM Cawangan Sarawak bertempat di Dewan Jubli Kampus Samarahan pada 25 Syawal 1444H yang lalu. Majlis ini diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak 2023.

Semua warga PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah hadir dan turut serta dalam penyediaan booth bagi sama-sama memeriahkan sambutan dan majlis tersebut. Sambutan yang diberikan oleh warga amatlah meriah dan penuh harmoni.

PTAR UiTM Cawangan Sarawak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply