Kajian Profil Membaca Warga Universiti Teknologi MARA

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang menjalankan Kajian Profil Membaca Warga Universiti Teknologi MARA 2022/2023 bagi melihat kadar pembacaan dan tabiat membaca warga Universiti Teknologi MARA (UiTM). 

Objektif kajian adalah seperti berikut: 

  1. Mewujudkan satu profil membaca warga UiTM yang terkini. 
  2. Mengenal pasti tabiat membaca warga UiTM. 
  3. Mengenal pasti perubahan minat dan trend membaca terkini warga UiTM terhadap pelbagai sumber bahan bacaan dan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan. 
  4. Mengkaji impak Program Galakan Membaca dalam mempengaruhi budaya membaca warga UiTM. 
  5. Mengenal pasti isu-isu, masalah dan korelasi antara industri perbukuan dengan minat membaca warga UiTM. 

Ayuh seluruh warga UiTM sertai kajian ini dengan mengisi borang soalselidik di pautan berikut: https://library.uitm.edu.my/profilmembaca/

Tempoh kajian bermula 19 Mei hingga 31 Julai 2023.

PTAR Shah Alam

Leave a Reply