Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

KOTA SAMARAHAN, 11 MEI 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menerima kunjungan dari Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) pada jam 9.30 pagi bertempat di PTAR Kampus Samarahan 2.

Lawatan ini dihadiri seramai 3 orang panel penilai yang terdiri daripada :

1. Ts. Syahrul Nizam bin Junaini – Pengerusi Panel

2. Ts. Azri bin Said – Ahli Panel

3. Encik Muhammad Izzat Hakimi bin Mustaffa – Sekretariat

Lawatan ini bertujuan penilaian akreditasi penuh program Diploma Sains Komputer (MBOT/FA/IT/0/01/0048).

Lawatan ini telah disambut oleh En. Abang Mohd Farizan Abang Yakup, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak yang telah membentangkan mengenai perkhidmatan PTAR secara fizikal dan maya.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply