Kunjungan Hormat PTAKKB Ke Atas Sekolah Kebangsaan Chabang Empat, Tumpat dan Promosi External Membership UiTM Library

Perpustakaan Tengku Anis, Kampus Kota Bharu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Chabang Empat, Tumpat Kelantan bagi menyatakan hasrat jalinan kerjasama antara kedua-dua organisasi. 

Pertemuan yang berlangsung di Pejabat Guru Besar ini telah berlangsung selama sejam dan Pertemuan yang mesra ini telah membincangkan program atau aktiviti secara kolaboratif antaranya Program University Social Responsibility (USR), program NILAM, Promosi External Membership UiTM Library dan isu semasa yang dekat dengan pelajar.

Kunjungan hormat PTAKKB ini telah diketuai oleh Pustakawan Kanan Puan Rosmariyati Ab Rahman, Puan Siti Farhana Ismail dan Encik Mohd Anuar Azmin

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu

Leave a Reply