Program MyPTAR4U

KOTA SAMARAHAN, 5 MEI 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan Program MyPTAR4U bersama Pelajar Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi. Program ini diadakan secara bersemuka pada jam 2.30 petang bertempat di PTAR Kampus Samarahan 2.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan serta memberi pendedahan tentang perkhidmatan, kemudahan dan koleksi yang disediakan oleh PTAR kepada pelajar-pelajar UiTM Cawangan Sarawak.

Disamping itu, program yang diadakan 2 kali setahun ini memberi peluang kepada pelajar untuk meminjam buku atau bahan yang terdapat di PTAR sekaligus menyokong aspirasi Read@UiTM iaitu pemerkasaan program galakan membaca di institut Pengajian Tinggi khususnya di UiTM.

Keseluruhannya, program ini yang dikendalikan oleh En. Nur Afnan Ludin, pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah berlangsung dengan jayanya dan diharapkan ianya dapat menjadi pemangkin untuk semua warga kampus dalam memupuk minat membaca.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply