Program Bubur Lambuk Kolej Pengajian Kejuruteraan.  

6 April 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah bersama-sama bergabung tenaga berkolaborasi bersama, Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Shah Alam dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Pengajian Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam dalam menjayakan Program Bubur Lambuk Kolej Pengajian Kejuruteraan.  

Program dimulakan seawal pagi dengan aktiviti rewang dan semua warga bergotong royong menyediakan kelengkapan. Dua menu hidangan telah disediakan iaitu Bubur Lambuk Ayam dan Bubur Lambuk Daging. Kelengkapan dan bahan memasak diperolehi melalui sumbangan dari warga Kolej Pengajian Kejuruteraan. Staf Perpustakaan Kejuruteraan sendiri turut terlibat menggembleng tenaga dengan menghantar semua staf bergotong royong dan peserta program diagihkan dalam beberapa tugasan seperti merewang, mengacau bubur, membungkus dan mengagihkan bubur kepada warga Kolej Pengajian Kejuruteraan. Dianggarkan sebanyak 2000 (dua ribu) bekas bubur lambuk bersama pakel kurma dan air mineral telah berjaya disediakan pada hari tersebut.

Kemuncak Program ini adalah perasmian program dan disusuli pengagihan bubur lambuk yang disempurnakan oleh PNC Kolej Pengajan Kejuruteraan iaitu Prof Dr. Hjh Hamidah Mohd Saman bersama barisan pengurusan  di Foyer Komplek Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah pada jam 3.00 petang. Program selesai pada jam 4.30 petang

Rizana Mohd Radwan

Leave a Reply