Shah Alam, 15 Februari 2023 – Program Live melalui segmen Bicara Pakar telah berlangsung pada hari Rabu jam 10.00 hingga 12.00 tengahari anjuran JHEKS Selangor dengan kerjasama UiTM melalui siaran langsung di Youtube dan Facebook. Melalui segmen ini tajuk yang dikongsikan ialah berkenaan Peranan Kesatuan Sekerja Dalam Organisasi.
Panel yang dijemput khas bagi membicarakan topik ini ialah Tuan Haji Azzal bin Abu Tali, Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Persatuan Sekerja, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Program itu juga telah dikendalikan oleh Encik Ahmad Faisal bin Mohammed Fiah, Pensyarah Kanan, Pusat Komunikasi dan Media, Kolej Pengkomputeran Infromatik dan Media sebagai moderator.
Program tersebut berfokuskan kepada pekerja dalam sesebuah organisasi dan dijalankan agar penonton dapat mengambil intipati yang bermanfaat berkenaan peranan kesatuan sekerja dalam organisasi. Antara intipati penting yang dikongsikan oleh para panel adalah mengenai hak berkesatuan.
Kesatuan terletak di bawah satu akta yang membolehkan pihak kesatuan berunding dengan pihak majikan dan pihak-pihak berwajib. Suara kesatuan akan lebih didengari oleh pihak pengurusan berbanding berhubungan secara individu. Individu digalakkan untuk menjadi ahli di dalam kesatuan kerja bagi memastikan hak-hak sebagai pekerja terjaga. Perbincangan dengan pihak JPA juga akan diberi ruang yang lebih baik kerana kesatuan akan mewakili pekerja-pekerja di organisasi masing-masing.
Kesimpulannya, untuk membina satu ikatan yang kukuh, Kesatuan perlu melakukan program yang boleh meningkatkan kepercayaan ahli dan menjalinkan hubungan yang lebih akrab di antara ahli dan pihak majikan. Sesuatu program perlu diadakan bagi menunjukkan sebuah kesatuan itu kukuh.
Program bicara pakar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan penonton yang terdiri daripada penjawat awam menerusi saluran Youtube Perpustakaan UITM dengan jumlah views sebanyak 2438 manakala saluran Facebook Perpustakaan UITM adalah sebanyak 728 views.
Nama: Nadhilah Nur Dini binti Abd Rahman Nazmi (Pelajar Latihan Industri Kumpulan 6/2023)