Pada 21 Februari 2023 (Selasa), Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah menganjurkan program READ@UiTM yang bertajuk Usahawan Alaf Baharu. Program ini dikendalikan oleh Saudara Muhammad Anas Hakimi, Pelajar Latihan Industri di Perpustakaan Cendekiawan. Perkongsian ini disampaikan oleh Puan Noorul Huda binti Zakaria, Pensyarah Kanan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu yang dilaksanakan secara bersemuka di Ruang Bacaan Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu dan atas talian melalui platform Facebook Perpustakaan Cendekiawan UiTMCTKKT.
Perkongsian ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga UiTM mengenai perniagaan secara atas talian mengikut trend terkini. Ini seiring dengan teknologi yang semakin berkembang dan pesat dalam memudahkan pengguna membeli secara atas talian. Berdasarkan perkongsian oleh penceramah, pengguna sekarang lebih terdorong untuk membeli secara atas talian kerana lebih mudah dan cepat malah tidak perlu bersesak. Ini kerana pelbagai platform boleh digunakan untuk menjual antaranya Facebook, Shoppe, Lazada dan Tiktok.
Pengisian program yang disampaikan selama satu jam mendapat maklumbalas yang baik dari peserta terutamanya warga UiTM. Semoga perkongsian ini dapat membantu penjual atau peniaga untuk memulakan perniagaan secara atas talian dan dapat memanfaatkan ilmu yang dikongsi sepanjang program.
Read@UiTM yang dilaksanakan ini dapat menyokong kepada beberapa sasaran Sustainable Development Goals (SDG) antaranya SDG-4 dan SDG-9 iaitu Quality Education dan Industry, Innovation & Infarstructure. Penonton boleh menonton semula rakaman program tersebut menerusi saluran Facebook PERPUSTAKAAN CENDEKIAWAN UITMCTKKT.
Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu