Pembentangan Projek Khas & Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu

Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), Kampus Kuala Terengganu telah mengadakan pembentangan projek khas dan majlis perpisahan Saudara Muhammad Anas Hakimi, Pelajar Latihan Industtri pada 27 Februari 2023 (Isnin) yang lalu. Beliau memulakan latihan Industri di Perpustakaan Cendekiawan pada 16 Oktober 2022 sehingga 10 Mac 2023 yang merupakan pelajar Diploma Sains Komputer dari Fakulti Sains Komputer & Matematik.

Sepanjang di Perpustakaan Cendekiawan, pelbagai pendedahan dan proses kerja telah dikongsi dan diberikan sepanjang lima bulan menjalani latihan industri. Beliau ditempatkan di Kaunter Perkhidmatan dimana ditugaskan untuk melaksanakan proses pendaftaran dan tambah nilai kepada warga UiTM untuk menggunakan mesin fotostat. Selain tu, pelajar tersebut turut melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di Perpustakaan.

Projek Khas yang dilaksanakan oleh beliau ialah Video Korporat Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu dimana memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan dan maklumat mengenai Perpustakaan. Pembentangan projek telah disampaikan kepada pengurusan perpustakaan pada 27 Februari 2023.  Majlis perpisahan untuk Muhammad Anas turut diadakan bagi diraikan bersama warga Perpustakaan Cendekiawan.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Saudara Muhammad Anas Hakimi yang berjaya menamatkan latihan industri dengan jayanya daripada seluruh warga Perpustakaan Cendekiawan.

Disediakan oleh:  Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCTKKT

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply