Lawatan Akademik Pelajar Antarabangsa Karpagam Academy of Higher Education (KAHE) India ke Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terengganu Kampus Dungun

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun amat berbesar hati menerima kunjungan lawatan daripada lapan orang pelajar  dari Karpagam Academy of Higher Education (KAHE) India pada 14 Februari 2023, Selasa yang lalu. Kumpulan pelajar ini dijadualkan akan berada di UiTMCT bagi menyertai Supervision Project and Cultural Programme selama sebulan bermula pada 13 Februari sehingga 13 Mac 2023.

Kunjungan lawatan akademik yang hadir ini telah diiringi oleh Puan Noraida Abdul Karim dan Puan Wan Maziah Wan Abdul Razak, yang merupakan Pensyarah Kanan UiTM Terengganu, dan disambut oleh Encik Shahrol Nizam Johol, Timbalan Ketua Pustakawan, dan beberapa staf perpustakaan yang lain.

Sepanjang sesi lawatan selama tiga puluh minit itu,para pelajar telah dibawa melawat ke sekitar perpustakaan sambil diberi penerangan ringkas tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun yang disampaikan oleh Encik Shahrol Nizam Johol.

Bergambar kenangan di Perpustakaan Cendekiawan uiTMCTKD.

Adalah diharapkan dengan sesi kunjungan ini para pelajar dapat menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di sepanjang tempoh keberadaan mereka di UiTMCT. Sesi kunjungan lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar kenangan.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply