Lawatan Staf Baharu Ke Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak

Pada 10 Februari 2023 (Jumaat) jam 3.00 petang,  Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak (PKEJ) telah menerima Kunjungan staf baharu seramai 3 orang diiringi 2 orang staf dari dari Unit Sumber Manusia, PTAR.

Staf baharu tersebut terdiri dari:

1. Muhammad Nur Azri Bin Salmi, Pembantu Pustakawan

2.  Mohammad Zaid bin Mohd Shuhaimi, Pembantu Pustakawan

3. Norhani Hafizah Binti Ahmad Nor Hizam, Kerani

Sepanjang sesi lawatan dan sesi berkenalan dengan staf Perpustakaan Kejuruteraan, mereka turut diberikan taklimat ringkas berkaitan pentadbiran dan perkhidmatan di perpustakaan Fakulti. Taklimat disampaikan oleh Pustakawan Kanan, Puan Rizana Mohd Radwan.

Perpustakaan Kejuruteraan mengucapkan Syabas dan Selamat Datang serta Selamat Bertugas kepada mereka yang terlibat. Semoga bersama-sama dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada PTAR dan UiTM .

Rizana Mohd Radwan

Leave a Reply