17 Januari – 19 Januari 2023, Selasa hingga Khamis, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Hari Terbuka PTAR UiTM Cawangan Melaka 2023. Program ini telah diketuai oleh Puan Sariah Che’ Man, Pembantu Pustakawan Tertinggi, sebagai Ketua Projek bagi Program Hari Terbuka PTAR UiTM, bersama kakitangan PTAR UiTM Cawangan Melaka terdiri dari Kampus Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka dan Kampus Jasin.
Program inibermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang, bertempat di Ruangan Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dan telah dijalankan selama 3 hari. Tujuan program ini diadakan bertujuan mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang sedia ada khususnya kepada warga UiTM Cawangan Melaka.
Statistik pengunjung secara keseluruhan sepanjang 3 hari program dijalankan adalah seramai 5,242 orang terdiri daripada pelajar dan staf UiTM. Program Derma Darah antara aktiviti yang mendapat sambutan ramai dengan penglibatan seramai 255 orang penderma dan jumlah pemeriksaan kesihatan seramai 70 orang.
Selain itu, pelajar juga berpeluang melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar minda serta kreativiti sepanjang Hari Terbuka PTAR 2023 dijalankan. Program ini telah dirasmikan oleh Professor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor, UiTM Cawangan Melaka di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Turut hadir bersama-sama memeriahkan majlis, Puan Nor Aishah Hj. Husain, Timbalan Pendaftar Kanan Pentadbiran, UiTM Cawangan Melaka dan Puan Noor Hayati Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka.
Antara aktiviti menarik sepanjang program berlangsung:
- Membina Menara Buku
- Bina Minda Melalui Permainan
- PTAR Mega Sales
- Digital2U
- Pemeriksaan Kesihatan/ Derma Darah
- Pertandingan Jawi Ke Rumi
- Ceramah UiTM Pilihanku
- Spelling Bee
- Speed Reading
- Pemberian Simkad secara Percuma oleh Syarikat Telekomunikasi One XOX dan Syarikat Telekomunikasi Digi
Keseluruhannya, program ini mendapat maklumbalas yang sangat baik dari pihak pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka, membantu meningkatkan ketampakan fungsi dan peranan PTAR dalam pembudayaan ilmu seterusnya mempromosikan perkhidmatan perpustakaan serta kemudahan yang ada di perpustakaan.
Rektor, UiTM Cawangan Melaka
Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Cawangan Melaka