Penyerahan Harta Intelek UiTMCT

Unit Sumber Bercetak, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu, telah mengadakan aktiviti gotong-royong mengumpul projek pelajar tahun akhir dan tesis bertempat di bilik rehat pensyarah dan Pusat Pengajian Siswazah UiTM Cawangan Terengganu pada 5 Januari 2023, Khamis. Aktiviti ini adalah bagi memenuhi keperluan perolehan harta intelek universiti untuk dimuatnaik dalam sistem UiTM Institutional Repository (UiTM IR) yang boleh diakses pada link https://ir.uitm.edu.my/.

Koleksi yang diterima akan ditapis dan akan dimuat naik pada sistem UiTM Institutional Repository untuk rujukan pengguna.

Sebanyak 260 naskhah bahan telah berjaya dikumpulkan. Pihak Perpustakaan Cendekiawan mengalu-alukan penyerahan harta intelek seperti projek pelajar tahun akhir, tesis, disertasi dan sebarang penerbitan di bawah Penerbit UiTM.

Maklumat lanjut sila hubungi Puan Noor Azimahwati binti Aris, Pembantu Pustakawan, di talian 09-8400 186.

Disediakan oleh:  Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply