Lawatan Penilaian Akreditasi dari delegasi Engineering Accreditation Council (EAC) dan wakil Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Shah Alam ke Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ).

Pada 02 & 03 November 2022 – telah berlangsung lawatan akreditasi oleh panel-panel penilai Engineering Accreditation Council (EAC) bagi tujuan penilaian Akreditasi Program Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik di Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Program yang terlibat adalah Bachelor of Electrical Engineering with Honours, Bachelor of Electronics Engineering with Honours and Bachelor of Mechanical Engineering with Honours.

Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) telah terlibat secara langsung menjadi salah satu lokasi lawatan audit tersebut pada tarikh 03 November 2022. Lawatan ke PKEJ telah dihadiri oleh seramai sepuluh orang panel penilai yang terdiri daripada:

Ir. Prof. Dr. Law Chung Lim (Ketua)

Ir. Prof. Dr. Nor Kamariah Noordin

Ir. Prof. Dr. Vinesh A/L Thiruchelvam

Ir. Ilham Akhbar B Harun

Ir. Prof. Dr. Goi Bok Min (Hop)

Ir. Prof. Dr. Leong Wai Yie

Ir. Dr. Khor Jeen Ghee

Ir. Prof. Dr. Satesh Namasiwayam

Ir. Prof. Dr. Mohd Shukry B. Abdul Majid

Ir. Mohd Hazli Bin Hashim.

Lawatan diiringi wakil dari Kolej Pengajian Kejuruteraan dan dilakukan di setiap aras di PKEJ. Taklimat ringkas dan penerangan  berkaitan dengan perkhidmatan perpustakaan PKEJ adalah berkaitan keselamatan bangunan, jumlah koleksi bahan kejuruteraan, Pangkalan data yang dilanggan bagiKolej Pengajian Kejuruteraan, E-book, dan Special Collections.

Hasil dari pelaksanaan Lawatan Akreditasi ini berjalan dengan baik dan lancar dan diharapkan agar memperolehi akreditasi penuh bagi program kejuruteraan

Rizana Mohd Radwan

Leave a Reply