Live@PTAR : Lawan Obesiti! Jom Tangani dengan Bijak

Permatang Pauh, 3 November 2022 – Sebagai usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga universiti mengenai obesiti, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah mengadakan program Live@PTAR: Lawan Obesiti! Jom Tangani dengan Bijak. Program yang berlangsung selama satu jam ini disiarkan secara langsung melalui platform Facebook PTAR UiTMCPP dan telah disampaikan oleh Encik Mohamad Hafiz Abu Seman, Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam.

Antara topik yang disampaikan oleh Encik Mohamad Hafiz termasuklah pengenalan mengenai obesiti dan faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada kematian sekurang-kurangnya 2.8 juta orang manusia setiap tahun di dunia. Selain itu, beliau juga membincangkan tentang keperluan agar kita menangani obesiti mengikut cara-cara yang disarankan oleh pakar kesihatan seperti menjaga keperluan kalori harian, melakukan senaman dan gaya hidup sihat, menjalani pembedahan atau mengambil ubat-ubatan yang dicadangkan oleh doktor sekiranya diperlukan.

Kesimpulannya, obesiti jelas memberi impak negatif dan perlu ditangani secara bijak untuk mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Selain daripada mengawal kalori dan melakukan senaman, bantuan dan sokongan daripada orang sekeliling juga akan dapat memastikan mereka yang mengalami masalah ini dapat menangani masalah obesiti.

Siaran langsung yang telah mencapai 332 views setakat ini boleh ditonton di Facebook PTAR UiTMCPP di pautan berikut https://www.facebook.com/library.uitm.penang/videos/507302937972103

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply