Ketua Pustakawan UiTM Berkongsi Kemahiran ‘Speed Reading’

Shah Alam, 23 November 2022 – Ketua Pustakawan UiTM telah berkongsi kemahiran Speed Reading atau bacaan pantas bersama-sama dua belas orang staf Bahagian Hal Ehwal Islam, UiTM yang mengikuti Modul Pakej B di PTAR pada pagi ini. Beliau turut dibantu oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Puan Hani Liza Norfin dan Pustakawan Kanan Puan Siti Salwa A. Rahman yang bertindak sebagai tenaga pengajar program Speed Reading

Kemahiran Speed Reading merupakan teknik bacaan dengan kelajuan yang cepat. Kemahiran ini memerlukan kombinasi keupayaan visual dan keupayaan kognitif individu sewaktu membaca. Sewaktu pembacaan dilakukan, individu akan bertindak balas terhadap dua proses iaitu kepantasan membaca dan memahami isi bacaan.  Bacaan pantas berfungsi memantau secara sepintas lalu bahan bacaan yang ada dihadapannya dan dalam masa yang sama memilik kemampuan memahami apa yang berlaku. 

Penganjuran program Speed Reading di PTAR ini tercetus sewaktu Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor menyampaikan ucapan di Majlis Sambutan 365 Hari Naib Canselor UiTM pada 5 September 2022. Menerusi ucapannya, YBhg. Naib Canselor menggalakkan warga UiTM menguasai kemahiraan bacaan pantas. Menurut beliau lagi, individu yang memiliki kemahiran bacaan pantas mempunyai kelebihan berbanding individu lain malah memudahkan urusannya dalam menimba ilmu.  

Justeru, PTAR mengambil langkah proaktif menganjurkan program Speed Reading yangtelah dibuka penyertaannya kepada seluruh staf UiTM bermula 15 November 2022 yang lalu. Pendaftaran program ini boleh dilakukan menerusi pautan berikut: https://ptar.uitm.edu.my/libguides/subjects/guide.php?subject=speed-reading#tab-4 

Menerusi program Speed Reading PTAR ini, terdapat tiga pilihan modul fleksibel yang mensasarkan kepada tiga golongan peserta  iaitu Modul Pakej A bagi kursus sehari, Modul Pakej B bagi program separuh hari dan Modul Pakej C bagi program dua jam. 

Bagi individu yang ingin mengikuti program secara intensif disarankan mengambil Modul Pakej A. Kandungan modulnya sarat dengan teknik imbasan dan teknik luncuran yang amat sinonim dengan kemahiran bacaan pantas. Selain itu, modul ini turut menawarkan teknik kawalan pergerakan mata yang betul (Fixation Exercise). Sebagai tambahan,Modul Pakej A menawarkan latihan minda (Brain Gym) bagi meningkatkan tahap kawalan minda yang aktif sewaktu proses membaca. Latihan, penilaian dan kuiz persepsi (Perception Quiz) secara intensif turut disediakan buat peserta yang mengikuti Modul Pakej A. 

Untuk golongan yang ingin menguasai kembali kemahiran ini, Modul Pakej C amat sesuai dijadikan pilihan. Modul ini hanya mengambil masa dua jam buat peserta membina kembali kemahiran bacaan pantas. Kandungan modulnya mengandungi teknik Fixation Exercise dan peserta akan diuji keupayaan bacaan pantas terhadap sumber bacaan secara atas talian dan bercetak.  Modul ini tiada mengandungi kuiz persepsi berkaitan kemahiran bacaan pantas. 

Modul Pakej B pula ditawarkan bagi individu yang mempunyai masa yang terhad bagi mengikuti program sehari. Modul ini mengandungi set latihan, penilaian dan kuiz. Teknik Fixation Exercise akan ditawarkan sebagai kandungan utama modul ini.

Kesemua modul di atas akan diadakan secara bersemuka di semua lokasi PTAR.  

Namun begitu, program Speed Reading anjuran PTAR ini menjadi lebih menarik apabila ianya turut boleh diadakan di fakulti, pusat pengajian mahupun pejabat secara berkumpulan dengan syarat jumlah individu dalam sebuah kumpulan mencapai 15 orang atau lebih. Bagi memenuhi keperluan pembelajaran daripada kumpulan yang sama ini, tenaga pengajar bacaan pantas PTAR akan turun padang ke lokasi pemohon bagi berkongsi kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki berkaitan kemahiran bacaan pantas ini. Menarik bukan! 

Ayuh, warga UiTM. Bersama kita jayakan program Speed Reading@PTAR. 

Ketua Pustakawan UiTM Encik Jamalludin Hj. Sulaiman di program Speed Reading PTAR. 
Peserta program Speed Reading daripada BHEI, UiTM. 
Puan Hani Liza Norfin berkongsi kemahiran Speed Reading. 
Peserta BHEI sewaktu sesi soal jawab. 
Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply