Pada 10 November 2022 (Khamis), Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menganjurkan Food Sharing@PTA bermula pada pukul 8:30 pagi bertempat di Foyer Perpustakaan Tengku Anis (PTA).
Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan terhadap budaya menyumbang dalam pelbagai bentuk, berkongsi rezeki bersama para pelajar UiTMCK sekaligus mempromosikan Mobile Apps dan kajian kepuasan pelanggan PTA. Peserta yang terlibat adalah para pelajar seramai 50 orang beserta 5 pelajar praktikal PTA yang bertugas menjaga meja Food Sharing@PTA. Pengagihan makanan dilakukan oleh Puan Alina Hussein, Timbalan Ketua Pustakawan PTA dan Puan Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan.
Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan