Shah Alam, 4 November 2022-PTAR Kejuruteraan (PKEJ) dan PTAR Sains & Teknologi (PTAR S&T) telah memperoleh pencapaian ‘Audit Bersih’ sempena Audit Surveillance (SV3) yang berlangsung selama sehari itu.
Pencapaian ini amat membanggakan PTAR keseluruhannya, terutama bersempena tahun ke enam belas (16) pensijilan ISO9001 PTAR, pada tahun ini.
Sesi audit luar ini dilaksanakan oleh Auditor Lyod’s YBrs.Tuan Hj. Ramli bin Daud disamping sejumlah sepuluh (10) orang auditee termasuk Ketua PKEJ Puan Rizana binti Radwan dan Ketua PTAR S&T Puan Nor Hafizah Md Hanafiah.
Bertempat di Bilik Mesyuarat PKEJ tepat jam 9:00 pagi, Ketua Pustakawan UiTM, YBrs. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman telah berucap mengalu-alukan kehadiran YBrs.Tuan Hj. Ramli sebagai auditor sambil menyatakan komitmen berterusan PTAR terhadap pensijilan ISO9001:2015 ini.
Dengan pencapaian ini, PTAR akan terus bersedia memacu pengurusan maklumat dalam era yang lebih mencabar ini.