Pada 26 dan 27 Oktober 2022 yang lalu, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Program Happy Learning Carnival@PTAR. Ianya bertujuan untuk merapatkan hubungan antara perpustakaan dengan warga kampus khususnya pelajar selain mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan terkini yang disediakan oleh perpustakaan.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari pertama termasuk program ceramah “Manisnya Senyumanmu”, pameran penjagaan kesihatan pergigian oleh Klinik Pergigian Kubang Semang serta pemeriksaan gigi secara percuma oleh Klinik Pergigian Bergerak Butterworth. PTAR turut menyediakan booth Perpustakaan Digital bagi mempromosi perkhidmatan Mobile App@UiTM Library dan portal MyKnowledge Management kepada pengunjung perpustakaan yang hadir pada hari tersebut.
Sepanjang karnival ini berlansung, terdapat juga pameran “A Walk Through Time UiTM Cawangan Pulau Pinang (1996-2002)” yang memaparkan gambar-gambar yang menggamit memori sekitar ITM di Permatang Pasir dan di Permatang Pauh. Pengunjung turut berpeluang meminjam buku-buku baharu koleksi perpustakaan yang disediakan di ruang pameran serta menyertai pelbagai aktiviti permainan menguji minda dan permainan interaktif yang menarik .
Sesi perkongsian 3E-Expose, Explore, Express: “I Love Myself” bersama Encik Mohd Zulkhairi Ibrahim, Pegawai Psikologi Kanan Kampus Permatang Pauh telah membuka tirai karnival pada hari kedua dan ianya dihadiri oleh para pelajar dan staf UiTMCPP. Perkongsian selama 1 jam setengah ni membawa penonton mengenali diri sendiri dan mencintai diri sendiri agar dapat menjalani hidup dengan tenang dan bersemangat.
Dengan pelaksanaan program ini, diharap ia dapat menarik minat warga kampus mengunjungi perpustakaan dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan, seterusnya menggalakkan warga kampus khususnya pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti edutainment yang dianjurkan oleh perpustakaan.
Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan