Taklimat Minggu EDU 5.0 Modul Information Literacy PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

12 Oktober 2022 – Rabu, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Taklimat Minggu EDU 5.0 Modul Information Literacy. Taklimat ini telah disertai oleh semua pelajar baharu UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dan dijalankan secara atas talian menggunakan medium Cisco Webex, bermula 9.00 pagi hingga 4.30 petang serta dijalankan mengikut sesi yang telah ditetapkan oleh PTAR UiTM.

Seramai 1,866 orang pelajar baharu dan dikendalikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan dan Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah serta dibantu oleh Puan Roslinah Harun, Pembantu Pustakawan Kanan dan Encik Azhar Nordin, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu berkaitan perkhidmatan PTAR UiTM bagi memudahkan pelajar mencari bahan di dalam perpustakaan, memberi tunjuk ajar kepada pelajar dalam melakukan sumber pencarian maklumat yang tepat melalui pengaksesan portal My Knowledge Management PTAR UiTM yang akan membantu proses pembelajaran mereka dan juga memperkenalkan kelebihan aplikasi “Mobile App @ PTAR UiTM” kepada pelajar.

Seluruh pihak PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dan selamat menggunakan perkhidmatan dari PTAR UiTM.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply