13 Oktober 2022, Khamis- Program lawatan sambil belajar dari Sekolah Kebangsaan Nyalas, Jasin, Melaka yang dikendalikan oleh Unit Kerjaya & Kaunseling telah dijalankan di Ruang Santai Point, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Seramai 13 orang guru dan 60 orang murid terlibat dalam lawatan tersebut. Setelah taklimat dari Encik Mohd Bakri Husain, Pegawai Psikologi Kanan, UiTM Cawangan Melaka selesai, guru dan murid telah dibawa melawat ke ruangan Unit Digital PTAR, ruangan Aras 1 dan ruangan SAC PTAR UiTM yang diiringi oleh Puan Sariah Che’ Man, Pembantu Pustakawan Tertinggi, PTAR UiTM Cawangan Melaka bersama staf PTAR.
PTAR Uitm Cawangan Melaka berharap dengan adanya lawatan seperti ini dapat memperkenalkan perkhidmatan – perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak PTAR UiTM kepada luar khususnya untuk murid sekolah.
Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan PTAR Kampus Cawangan Melaka