Sembang Santai Live @ PTAR : Bicara Al-Quran dan Al-Hadith tentang Kejuruteraan.

12 Oktober 2022 – Rabu jam 3: 00 petang, bertempat di Studio Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR Utama) telah berlangsung segmen Sembang Santai Live @ PTAR bertajuk Bicara Al-Quran dan Al-Hadith tentang Kejuruteraan.

Segmen Sembang Santai ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) Shah Alam dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

Panel jemputan sepanjang perkongsian pengalaman selama 60 minit ini   terdiri dari  Professor Madya Dr. Mohd Asmadi Bin Yakob yang mengupas tentang topik Pengajian Al-Quran manakala dari perspektif Pengajian Sanad dan Hadith pula diperjelaskan oleh Professor Madya Dr. Najahudin Bin Lateh

Kedua-dua panel telah mengupas tentang topik berkisar tentang kehebatan kejuruteraan Islam dengan lancar dan berkesan dalam bidang masing-masing.

Moderator program pada segmen kali ini dikendalikan oleh En. Mohd Fitri Ruslan, Pembantu Pustakawan Tertinggi, Perpustakaan Kejuruteraan  UiTM.

Program ini telah ditonton sebanyak 200 tontonan di saluran rasmi youtube. Pautan video program adalah: https://www.youtube.com/watch?v=_lWVAsdTeQU

Di akhir program, peserta diberikan jam Latihan dan juga e-sijil.

Rizana Mohd Radwan

Leave a Reply