Pada 27 September 2022 (Selasa), Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Pangkal Meleret bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Pancaran, SMK Pangkal Meleret.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan, pengalaman dan kepimpinan dalam bidang tugas masing-masing serta memberi pendedahan kepada murid dengan kemahiran khusus dalam pengurusan bidang pengawas terutama sekali pusat sumber.
Peserta yang terlibat adalah pengawas PSS sekolah tersebut seramai 67 orang dan antara aktiviti yang dilakukan adalah taklimat kepimpinan yang disampaikan oleh Puan Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan PTA serta aktiviti ‘Quiziz game’ dan aktiviti santai yang lain. Antara pengisian taklimat yang disampaikan adalah pengenalan kepada Perpustakaan Tengku Anis, peranan PSS pada pasca C-19, kepimpinan dan kekuatan diri serta teknologi & pemasaran.
Diharapkan agar kursus pengawas pusat sumber ini dapat melahirkan pengawas pusat sumber yang berketrampilan, berdedikasi serta menambah pengetahuan mengenai pengendalian PSS.
Disediakan oleh : Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan