Lawatan Berpandu Akademik dari Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang Johor.

Pada 30 Mei 2022, pihak Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka berbesar hati menerima Lawatan Berpandu Akademik dari Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor. Seramai 6 orang tenaga pengajar dan 18 orang pelajar hadir secara fizikal di Perpustakaan Al-Bukhari bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan skop pembelajaran mereka yang terdapat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang.

Selain itu, para pelajar juga didedahkan berkaitan kemudahan, perkhidmatan serta koleksi bahan perpustakaan yang boleh dirujuk sepanjang tempoh pembelajaran mereka di UiTM Cawangan Pahang. Sesi taklimat ini telah dikendalikan oleh Cik Muniratul Husna binti Mohamad Zaki (Pustakawan) dan Encik Ahmad Fadhil bin Mohamad Yusof (Pembantu Pustakawan Kanan) di Perpustakaan Al-Bukhari.

Diharapkan perkongsian yang seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education ini dapat memupuk minat mahasiswa dan mahasiswi dari Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor untuk melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.

Sesi taklimat
Sesi taklimat

Disediakan oleh : Noor Azliza Bt Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply