22 September 2022 – Pihak PTAR Kampus Seri Iskandar yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Siti Basriyah bersama 3 orang Pustakawan telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Kolej Pengajian Seni Kreatif bagi mengadakan perbincangan bersama Ketua Pusat Pengajian, Dr. Zainuddin Md Nor berhubung beberapa perkara terutamanya mengenai perkhidmatan perpustakaan kepada warga Kolej Pengajian Seni Kreatif yang lebih dikenali dengan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR).
Kelas Kemahiran Maklumat (KKM) merupakan perkara utama yang ditekankan kerana para pelajar baharu di Kampus Seri Iskandar akan memulakan sesi kuliah bermula Oktober 2022 hingga Februari 2023 serta khas untuk para pensyarah di UiTM Kampus Seri Iskandar. Harta intelek juga merupakan bahan yang diperlukan oleh pihak perpustakaan daripada fakulti untuk dimuatnaik ke sistem ‘Institutional Repository’ (IR) seterusnya memudahkan para pelajar untuk merujuk bahan-bahan tersebut di masa akan datang
PTAR juga menawarkan ‘New Mobile App’ untuk semua warga UiTM yang membolehkan pengguna mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana jua berada. Di samping itu, Puan Siti Basriyah juga menerangkan secara ringkas tentang kemudahan dan fasiliti yang disediakan dalam membantu pendidikan, pembelajaran dan penyelidikan warga kampus.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak amat positif dalam perancangan untuk melaksanakan beberapa program serta perkhidmatan kepada pelajar dan pensyarah dalam menjadikan warga lebih cakna dengan ilmu pengetahuan serta teknologi yang semakin pesat pada masa kini.
PTAR Digital Library
‣ https://perak.library.uitm.edu.my/
Don’t Forget to Follow Our Social Media
‣ https://linktr.ee/ptarperak
#ptar
#LibraryForAll
#stayconnected
Disediakan oleh: Muhamad Azim bin A’nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar