Refresher Course Perkhidmatan Pelanggan PTAR UiTM Cawangan Melaka

6 September 2022 – Rabu, Unit Perkhidmatan Pelanggan PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Taklimat Refresher Course Perkhidmatan Pelanggan kepada semua staf PTAR UiTM Cawangan Melaka. Taklimat ini telah diberikan oleh Puan Siti Salwa A. Rahman, Pustakawan Kanan, Ketua Unit Perkhidmatan Pelanggan PTAR UiTM Shah Alam. Taklimat ini dijalankan secara atas talian, menggunakan medium Cisco Webex, bermula pada 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Taklimat Refresher Course ini dilaksanakan bagi tujuan proses penyelarasan kerja Perkhidmatan Pelanggan, perbincangan isu-isu terkini dan memperluaskan tugas di Unit Perkhidmatan Pelanggan kepada semua staf.  

PTAR UiTM Cawangan Melaka berharap melalui taklimat seperti ini, dapat menjadikan PTAR ke arah terbaik dalam mengendalikan perkhidmatan – perkhidmatan yang sedia ada, khususnya di Unit Perkhidmatan Pelanggan PTAR.

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan UiTM Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply