Pameran Maya: Warisan Peranakan Baba Nyonya

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina di dalam kumpulan etnik yang dinamakan Peranakan yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, tertumpu di Negeri-negeri Selat, khususnya di negeri Melaka, Pulau Pinang di Malaysia dan Republik Singapura. Mereka juga dapat ditemukan di negara Gajah Putih (Thailand) khususnya di Tanjung Salang (Phuket) dan Rundung (Ranong) . Mereka memanggil diri mereka sebagai “Baba” atau “Peranakan” kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai “Baba”. Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian dan Islam

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai Baba Nyonya di Pameran Maya PTAR Cawangan Melaka!

https://melaka.library.uitm.edu.my/virtual-exhibition/600-pameranbabanyonya

Disediakan oleh : Siti Haidah Md. Aziz, Pustakawan Kanan UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply