Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM sedang mengadakan lawatan kerja selama dua (2) hari ke PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan bermula 12 September 2022 hari Isnin. Lawatan kerja ini ialah kali kedua yang diadakan selepas lawatan kerja pertama di PTAR UiTM Cawangan Johor pada 4 September 2022 hari Ahad hingga 5 September 2022 hari Isnin.
Ketua Pustakawan PTAR, YBrs. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman telah diiringi oleh Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Ketua Jabatan Arkib Universiti (JAU) telah mengadakan lawatan kerja ke tiga (3) lokasi PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan iaitu di PTAR Kampus Seremban, PTAR Kampus Kuala Pilah dan PTAR Kampus Rembau.
Lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ini telah disambut oleh Ketua Perpustakaan PTAR Cawangan Negeri Sembilan iaitu Puan Jamilah Md Yusoff. Satu taklimat pencapaian PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah disampaikan oleh Puan Jamilah di lokasi pertama lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM iaitu di PTAR Kampus Seremban.
Sesi lawatan kali ini akan turut dihadiri oleh semua staf PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan, di setiap lokasi yang dikunjungi. Staf PTAR di sini berpeluang menyertai sesi perbincangan dua hala yang membincangkan aspirasi universiti ke arah matlamat sebagai Universiti Tersohor pada tahun 2025.
Lokasi terakhir lawatan ini akan berlangsung di PTAR Kampus Rembau pada 13 September 2022 hari Selasa.