Kumpulan Blitz telah berjaya memenangi Tempat Kedua di Konvensyen KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif) peringkat Zon Tengah tahun 2022, selain turut memenangi kategori Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik dan Pengiktirafan Emas. Pengisytiharan pemenang ini telah dilakukan dalam majlis Penutup Konvensyen KIK menerusi saluran langsung Youtube Fakulti Sains Gunaan pada jam 4:00 petang pada 7 September 2022 (Rabu). Majlis yang berlangsung dengan jayanya ini turut boleh ditonton di pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=oazZ5Y8OvEE
Kumpulan Blitz ialah satu-satunya kumpulan KIK yang mewakili PTAR di Konvensyen KIK Zon Tengah yang berlangsung pada selama tiga (3) hari bermula 5 September 2022 hari Isnin. Kumpulan Blitz telah mempertandingkan projek berjudul Executive Information System (EIS) iaitu menyokong pengurusan data pencapaian prestasi di peringkat Perpustakaan UiTM. Pembentangan projek kumpulan Blitz dihadapan dua (2) orang panel penilai iaitu Profesor Madya Dr.Thuraiya Mohamad dan Ir. Ts. Dr. Syazwan Osman, telah dijayakan secara atas talian oleh tujuh (7) orang ahli kumpulan Blitz seperti berikut:
1. Puan Azura binti Mohamad Hashim (Fasilitator) 2. Cik Laily Hafidzun binti Shukri (Ketua) 3. Cik Ummi Halimatunssaadiyya binti Shamsul Yuzli 4. Puan Zuraidah binti Md Hassan 5. Puan Nik Nurshihah binti Muhamad 6. Encik Remi bin Salleh Udin 7. Mohamad Hazri bin Abdul Karim
Kumpulan Blitz akan melangkah ke Peringkat Akhir Konvensyen KIK UiTM yang dijangka akan diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2022.