15 Ogos 2022 – PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya menerima kunjungan Asst. Prof. Dr. Dimas Bagus Wiranatakusuma dari Secretary of International Program for Islamic Economic and Finance (IPIEF) Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Indonesia.
Lawatan diiringi oleh Dr. Nur Hayati Abdul Rahman , Timbalan Rektor PJI UiTM Cawangan Melaka.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat fasiliti yang disediakankan serta memperolehi maklumat berkenaan perkhidmatan ‘Digital Library’ yang ditawarkan oleh PTAR. Sesi penerangan secara ringkas kepada beliau telah disampaikan oleh En. Mohd Hilmi Mat Rosli Pustakawan PTAR KBM.