Kembara Sihat Merdeka Menelusuri Alam

Program ini telah berlangsung pada 28 Ogos 2022 (Ahad) Jam 8:00 Pagi Hingga 2:30 Petang bertempat di Bukit Keluang Besut Terengganu. Seramai 50 orang kakitangan yang terdiri daripada pensyarah dan pentadbir yang menjayakan program ini. Pelepasan program ini telah di rasmikan oleh Penolong Rektor UiTM Kampus Kota Bharu.

Kembara Merdeka Sihat Merdeka Menelusuri Alam adalah aktiviti sempena bulan kemerdekaan dan sambutan hari Malaysia. Fokus utama program ini adalah untuk staf akademik dan pentadbiran.

Tujuan diadakan adalah untuk menghayati makna kemerdekaan dan semangat ingin mengekalkan kemerdekaan negara ini serta mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.


Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu

Leave a Reply