MODERATOR: Puan Shahidatul Akhmam Rambeli
PANEL JEMPUTAN:
1) Saudara Rasydan Mohd Hassan, YDP MPP, UiTM Shah Alam
2) Encik Fahami Ashrof Badaruddin, Pemangku Presiden Gerakan, Belia 4B Malaysia
3) Encik Mohammad Khaled Nordin, Alumni UiTM, Facade Engineer
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan program Live@PTAR dalam segmen Logika Belia: Peluang dan Ruang Melangkah ke Menara Gading bertarikh 20 Julai 2022, Rabu, jam 2:30 hingga 5:00 petang. Program ini dikendalikan oleh Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan selaku moderator bersama panel-panel jemputan yang istimewa iaitu Saudara Rasydan Mohd Hassan (YDP MPP, UiTM Shah Alam), Encik Fahami Ashrof Badaruddin (Pemangku Presiden Gerakan, Belia 4B Malaysia), dan Encik Mohammad Khaled Nordin (Alumni UiTM, Facade Engineer), telah berlangsung dengan jayanya dan merekodkan jumlah tontonan seramai 725 orang sama ada secara atas talian dan kehadiran fizikal di perpustakaan.
Program Kepimpinan Belia@UiTM Library adalah program pembudayaan galakan membaca dalam kempen Read@UiTM dimana ia adalah program pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan serta maklumat di kalangan pakar dan professional dalam bidang kepakaran masing-masing.
Program diteruskan dengan kupasan tentang tajuk Logika Belia : Peluang dan Ruang Melangkah ke Menara Gading melalui soalan-soalan yang ditujukan oleh Puan Shahidatul Akhmam Rambeli kepada ketiga-tiga panel untuk melihat dari segi perspektif yang berbeza iaitu dari sudut seorang gerakan belia, alumni UiTM dan juga perwakilan pelajar.
Encik Fahami Ashrof Badaruddin menekankan bahawa pendidikan dan juga ilmu adalah relevan dan merupakan perkara yang sangat penting didalam kehidupan supaya tidak melanggar batas-batas dan adab-adab untuk menjadi masyarakat yang berguna.
Encik Mohammad Khaled Nordin pula telah memberikan perkongsian ilmu mengenai sejarah kehidupan beliau dari beliau kecil sehingga dewasa. Beliau juga berpesan bahawa kegagalan didalam kehidupan, bukanlah pengakhiran, jangan mudah berputus asa malah bangkit dan lalukan yang terbaik selepas kegagalan, ‘we are always forgiven for our mistakes’.
Manakala daripada perspektif Saudara Rasydan Mohd Hassan pula, elemen-elemen yang diperlukan mahasiswa mahasiswi untuk berdaya saing adalah 3A, iaitu ‘academic, attitude and activity’ untuk memperolehi 3R, iaitu ‘refer, relevant and respect’.
Secara kesimpulannya, pelbagai faedah yang bakal diperoleh jika kita sentiasa mempelajari ilmu pengetahuan. Tokoh Islam, Imam Syafi’e pernah berkata, Ilmu itu memberi manfaat. Masyarakat perlu mengubah stigma terhadap pendidikan adalah perkara yang sia-sia dan tidak menjamin kerjaya. Sebaliknya, setiap ilmu yang dipelajari mempunyai manfaatnya jika kita aplikasi dalam kehidupan.