Lawatan Penanda Aras sebagai Strategi Penambahbaikan Berterusan

Penanda aras merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan atau istiqomah untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai, dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau organisasi yang lain. 

Bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan suasana di dalam Perpustakaan, lawatan penandaarasan adalah langkah yang baik ke arah penambahbaikan berterusan serta berkesan sejajar dengan visi dan misi Perpustakaan. Lawatan ini telah diadakan pada 27 hingga 28 Jun 2022 ke tiga buah perpustakaan iaitu Perpustakaan Raja Tun Uda, Monash University Library dan Sunway Campus Library.  

Pihak perpustakaan telah  melibatkan 8 orang staf perpustakaan dari UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat dalam program lawatan kerja ini. Mereka terdiri daripada seorang Pustakawan Kanan dan 6 orang Pembantu Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Perpustakaan dan seorang daripada Unit Perancangan dan Pembangunan Perpustakaan. 

Antara objektif lawatan ini adalah :

  1. Perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman di antara staf Perpustakaan UiTM Johor dengan staf Perpustakaan yang dilawati.
  2. Dapat mempelajari sesuatu yang baru dan terkini dari Perpustakaan yang terbabit agar dapat mencerna minda dan idea untuk diaplikasikan di Perpustakaan UiTM Johor.
  3. Bagi melihat suasana tempat kerja dan ruang yang digunakan di dalam Perpustakaan yang dilawati.
  4. Mengadakan jalinan hubungan dan kerjasama yang lebih erat di antara Perpustakaan yang terlibat bagi melancarkan urusan dan proses kerja.
  5. Merupakan salah satu alternatif bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang tugas masing-masing secara langsung.
  6. Menjadikan lawatan ini sebagai satu mekanisma bagi membuka minda yang sihat antara Perpustakaan yang terlibat untuk lebih bersemangat dalam meningkatkan lagi personality, imej dan kualiti kerja staf perpustakaan.

Hasil daripada lawatan penandaarasan ini diharap dapat memberikan manfaat serta meningkatkan motivasi kepada Staf PTDI yang terlibat disamping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam meningkatkan mutu kerja.

Oleh : Siti Rozana binti Mat Sanat

Perpustakaan Raja Tun Uda
Monash University Library
Sunway Campus Library
Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply