Bertepatan dengan Hari Yoga Sedunia, PTAR Kampus Bertam telah mengadakan program ‘Get Fit, Stay Healthy: Yoga’ bagi mempromosi budaya hidup sihat. Program ini dijalankan setiap hari Khamis jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi bermula pada 23 Jun 2022 dan berakhir pada 29 September 2022 di Bilik Multimedia, PTAR Kampus Bertam.
Para peserta terdiri daripada pelajar dan staf wanita UiTM Kampus Bertam dan mereka diberi jam latihan serta e-sijil. Tenaga pengajar yang bekerjasama dengan PTAR Bertam ialah staf akademik iaitu Puan Wan NorDini Hasnor Wan Ismail dari Fakulti Farmasi.
Matlamat utama program ini adalah bagi menyokong kelestarian kesihatan di UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam. Yoga adalah sejenis senaman yang memberi keseimbangan antara mental dan fizikal melalui tiga elemen merangkumi pergerakan, pernafasan dan meditasi. Sehubungan dengan itu, senaman Yoga mampu mengekalkan kekuatan, kestabilan dan fleksibiliti badan khususnya kepada individu yang telah meningkat usia.
Oleh itu, selain daripada menjalin jaringan sosial antara staf dan pelajar, program ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kecederaan di tempat kerja atau lenguh-lenguh badan para peserta dalam menjalankan tugas harian mereka.
.
Ikuti kami di: